PEMBANTU RUMAH TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN

Sudah banyak cerita tentang pembantu rumah asing membuat onar. Antaranya mencuri, menculik, menggoda dan sebagainya. Oleh kerana kes-kes ini sering berlaku ramai yang serik untuk mengambil pembantu rumah walaupun terpaksa bersusah payah melakukan kerja-kerja rumah sendiri.
Setakat ini terdapat 251,355 orang pembantu rumah yang datang dari 14 negara luar. 51.7 % dari jumlah tersebut datang dari Indoesia.
Oleh kerana masalah sebegini bagi saya sudah sampai masanya kerajaan menggalakkan rakyat tempatan untuk bekerja sebagai Pembantu Rumah dengan gaji minimum, elaun-elaun, caruman KWSP dan sebagainya sebagai galakan kepada mereka untuk menceburi bidang ini.
Kerajaan mungkin boleh menyediakan insentif bulanan kepada Pembantu Rumah ini sebagai tambahan kepada elaun yang diberikan oleh majikan mereka. Bagi saya sebab utama rakyat tempatan tidak mahu bekerja sebagai Pembantu Rumah adalah kerana gaji yang rendah.
Oleh kerana pelbagai masalah yang dilakukan oleh Pembantu Rumah asing ini saya percaya sudah sampai masa kerajaan memikirkan langkah-langkah di atas dengan serius dengan segera.
Isu ini juga dibincangkan pada sessi soal jawab di Parlimen pagi ini.

Comments

Anonymous said…
secara jujur saya rasa rakyat terutamanya anak gadis msia rasa tak selamat untuk jadi pembantu rumah, hu
1- Kalau dah tak selamat untuk warga asing adakah kerja tersebut lebeh selamat untuk warga Malaysia?

2- Dengan gaji 600-800 , adakah warga Malaysia mahu kerja tersebut?

3- Kerja ini tiada cuti tiap minggu tak boleh pakai talipon bimbit , bolehkah warga tempatan mampu buat demikian ?

Kerajaan yang ada hari ini tidak mampu untuk adakan gaji minima.
Kerajaan juga tidak mampu untuk ada kan undang-undang untuk pertahankan pekerja warga asing dan untuk masok negara Malaysia senang dibolosi.

Ada kan undang-undang untuk hak pekerja asing.
Yang senang dan mudah punya undang-undang pon di abaikan.
Harap Pakatan Rakyat akan coba untuk atasi kelemahan kerajaan bn.