RTM LAMBAT 30 TAHUN KE BELAKANG

Rasa hendak tergelak dengan kebodohan RTM yang memotong siaran langsung di Dewan Rakyat dengan slot bual bicara pada setiap kali Ahli Parlimen PR mengemukakan soalan. Saya yang berkesempatan menonton siaran langsung itu baru-baru ini tergelak sendiri dengan tindakan RTM yang ternyata terbelakang selama 30 tahun.
Sedarkan RTM bahawa walaupun RTM memotong siaran tersebut tetapi sebenarnya keseluruhan perbahasan di Parlimen disiarkan secara langsung melalui internet dan ditonton oleh jutaan rakyat. Malah VCD rakamannya juga dijual secara terbuka kepada rakyat.
Jadi tidak perlulah RTM bertindak membodohkan diri sendiri dengan memotong siaran langsung tersebut setiap kali Ahli Parlimen PR bangun bertanyakan soalan.
Saya cadangkan lebih baik RTM memansuhkan siaran langsung tersebut kerana ianya dapat menjimatkan wang rakyat kalau setakat untuk menyiarkan slot bual bicara semasa siaran lintas langsung parlimen itu.

Terbukti RTM mundur 30 tahun kebelakang.

Comments

Anonymous said…
bila org jenguk blog dia marah kata fitnah la, ape la.tapi rtm suka potong sane potong sini.open la sikit.rakyat skrg tahu menilai.ape nak takut.
Anonymous said…
tak payahlah nak potong-potong nak sorok-sorok, rakyat Malaysia bukan lulusan kelas dewasa tahun 1950. Dulu boleh lah orang putih temberang dengan wayang cap harimau terkangkang. janganlah sampai orang kata Radio temberang Malaysia pulak!!!