Rasa hendak tergelak dengan kebodohan RTM yang memotong siaran langsung di Dewan Rakyat dengan slot bual bicara pada setiap kali Ahli Parlimen PR mengemukakan soalan. Saya yang berkesempatan menonton siaran langsung itu baru-baru ini tergelak sendiri dengan tindakan RTM yang ternyata terbelakang selama 30 tahun.
Sedarkan RTM bahawa walaupun RTM memotong siaran tersebut tetapi sebenarnya keseluruhan perbahasan di Parlimen disiarkan secara langsung melalui internet dan ditonton oleh jutaan rakyat. Malah VCD rakamannya juga dijual secara terbuka kepada rakyat.
Jadi tidak perlulah RTM bertindak membodohkan diri sendiri dengan memotong siaran langsung tersebut setiap kali Ahli Parlimen PR bangun bertanyakan soalan.
Saya cadangkan lebih baik RTM memansuhkan siaran langsung tersebut kerana ianya dapat menjimatkan wang rakyat kalau setakat untuk menyiarkan slot bual bicara semasa siaran lintas langsung parlimen itu.
Terbukti RTM mundur 30 tahun kebelakang.
Comments