PRK MANEK URAI : TUAN AZIZ MERENDAH DIRI, AKUI MANEK URAI KUBU PAS

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat (gambar) hari ini dilaporkan mengakui bahawa DUN Manek Urai adalah kubu kuat PAS yang sukar ditawan.

"Saya akui ini kawasan mereka (PAS), namun dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi, saya yakin BN mampu memecahkan monopoli PAS di sana (Manek Urai)".

"Insya-Allah selepas kita berikhtiar kita serahkan semuanya kepada Allah Taala," katanya.

Kenyataan Tuan Aziz ini tidak diketahui samada ianya datang dari fakta sebenar yang beliau perolehi atau hanya strategi beliau untuk mengujudkan rasa 'over confident' di pihak PAS.

Yang pasti sejarah memang membuktikan bahawa sejak Pilihanraya 1986 BN hanya menang sekali iaitu pada tahun 2004. Itupun hanya dengan undi majoriti 53 sahaja.

Malah pada zaman PAS kalah dengan teruk pada Pilihanraya Umum 1978, Manek Urai masih mampu di tawan oleh PAS bersama-sama dengan DUN Sering dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Sementara dari tinjauan 'Special Branch' saya di Manek Urai selepas 4 hari PAS mengumumkan calonnya dan 2 hari selepas BN berbuat demikian penerimaan pengundi kepada PAS semakin baik. Rata-rata rakyat Manek Urai yang ditemui menyatakan bahawa calon PAS lebih berpengalaman, mesra rakyat, mudah didekati dan lebih dipercayai berbanding calon Umno.

Perkara paling penting yang disuarakan oleh rakyat ialah Umno tersilap memilih calon sebagaimana kesilapan mereka di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang tempohari. Ini kerana calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat kata mereka kurang kenali dan tidak mesra rakyat.

Namun begitu saya mengharapkan jentera PAS tidak mudah leka dan tertipu dengan isu kelemahan calon Umno/BN dan perpecahan dalam BN. Apa yang penting kerja kuat dan bersistematik mesti dilakukan bagi menagih sokongan dan simpati rakyat.

Comments