BN MENERUSKAN DASAR MENZALIMI RAKYAT, PENGUNDI MANEK URAI MESTI HUKUM BN

Terbukti BN tidak pernah serik dengan hukuman yang dikenakan pada mereka apabila BN kalah di 5 negeri pada Pilihanraya Umum lepas.
Seperti juga kerajaan negeri BN Terengganu yang merampas kerajaan negeri dari PAS pada tahun 2004, menzalimi rakyat Terengganu dengan memansuhkan semua tanah yang dikurniakan kepada rakyat kali ini kerajaan haram BN Perak juga berbuat demikian.
Malah lebih teruk lagi hampir semua dasar kerajaan PR yang menjaga kebajikan rakyat dimansuhkan oleh kerajaan haram BN.
Ahli Parlimen Taiping yang juga ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming dalam kenyataannya kepada media hari menggariskan 9 kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN kepada rakyat sedangkan ianya telah diluluskan oleh kerajaan PR sebelum ini.
Antaranya :-
  • 3,000 permohinan dari penduduk Kampung Baru untuk menukarkan taraf tanah dari leasehold kepada freehold dibatalkan
  • 817 Ketua Kampung yang dilantik telah dipecat. Kesemua mereka sudah memfailkan saman kepada kerajaan HARAM BN
  • Cadangan untuk menukarkan Perniagaan Octagon Yak Tack Seng sepanjang Jalan Osbone untuk Pusat Pelancongan dibatalkan.
  • Sistem Parking seragam satu kupon, dan kadar diskaun dari bulan April dibatalkan.
  • Cadangan membina Terminal Bas berharga RM38 juta di Meru Jaya dibatalkan.
  • Polisi Sistem tender terbuka untuk kontrak, tanah dan logging yang diluluskan oleh kerajaan dikembali kepada sistem asal iaitu secara tender tertutup
  • Pemberian tanah kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah persendirian Cina juga dibatalkan
  • Polisi pemberian saguhati RM1,000 kepada waris wargatua yang meninggal dunia dibatalkan
  • Proses 'legalising' 134 kampung baru dibekukan.

Apa salahnya BN meneruskan polisi kerajaan PR kerana ianya jelas membawa kebaikan kepada rakyat. Namun oleh kerana dendam kepada PR mereka sanggup menjadikan rakyat mangsa mereka.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sedar bahawa BN sememangnya sebuah kerajaan yang langsung tidak memikirkan kebajikan rakyat. Politik sempit dan stail lama yang mereka teruskan ternyata menjadi mimpin ngeri kepada rakyat.

Saya mengharapkan rakyat di Manek Urai dapat mewakili kita semua mengajar BN pada 14 Julai dengan memberikan kemenangan besar kepada PAS/PR. Calon BN mesti dikalahkan dengan pukulan Knockout HILANG WANG PERTARUHAN.

Comments