PRK MANEK URAI : ABE UJI LAWAN TUAN AZID

Akhirnya Umno terpaksa mengumumkan calonnya walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak Bahagian dan cawangan-cawangan di Kuala Krai.
Umno Perhubungan Negeri Kelantan terpaksa memilih Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kerai, Tuan Aziz Tuan Mat bagi meredakan pergeseran dan perebutan antara 2 puak iaitu puak Ketua Umno Bahagian Kuala Kerai, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Umno Bahagian Wan Zaid Abdullah.
Akhirnya perebutan ini menguntungkan Dato Mustapha Mohamad kerana memberikan beliau peluang memilih Tuan Aziz calon yang sememangnya disenangi oleh beliau Najib.
Namun ramai pemerhati politik melihat Tuan Aziz tidak dapat menandingi ketokohan Abe Uji Calon PAS yang ternyata disenangi dan diyakini oleh rakyat Manek Urai.
Rakyat Manek Urai sebenarnya tidak memandang kepada kelulusan calon tetapi mereka memilih calon yang mereka suka dan mudah didekati serta mesra rakyat. Faktor inilah yang menyebabkan Allahyarham Pak Su Wil tidak pernah kalah di DUN Manek Urai walaupun beliau tidak mempunyai kelulusan.
Faktor inilah juga menyebabkan Abe Uji dipilih oleh PAS kerana ternyata PAS sekarang ini berada di depan jika dilihat dari faktor calon.

Comments