MANEK URAI : PERPECAHAN DALAM KEM UMNO SUKAR DIBENDUNG

Pemerhati politik melihat bahawa perpecahan dalam Umno Kuala Kerai berhubung dengan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN tidak dapat dibendung lagi.
Walaupun penentangan itu tidak dibuat secara terang-terangan namun sebenarnya ia berlaku secara senyap-senyap. Perbuatan 'cah keting' ini bukan perkara baru dalam Umno Kelantan malah ianya sudah menjadi tradisi pada setiap kali pilihanraya. Puak-puak yang tidak berpuashati sudah pasti akan memprotes secara terang ataupun biasanya secara senyap-senyap.
Kali ini ternyata kem Ketua Bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; bekas Ketua Bahagian, Wan Zaid dan Ketua Wanita Rohani Abdullah ternyata amat tidak berpuashati dengan pemilihan Tuan Aziz yang mereka kira seorang budak mentah yang tidak diterima oleh ahli akar umbi dan rakyat Manek Urai.
Pemilihan Tuan Aziz ini sebenarnya direstui oleh Mustapha Mohamad dan Muhyiddin Yassin kerana bagi mereka adalah baik untuk memilih calon 'neutral' seperti Tuan Aziz bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk jika 'orang-orang' Ramzi, Wan Aziz dan Kak Ani sendiri di pilih.
Kini semuanya sudah berlaku. Wan Zaid, Ramzi dan Kak Ani sudah berputih mata. Orang kuat Ramzi iaitu Naib Ketua Bahagian Che Jalal Muda sekali lagi kempunan untuk menjadi calon setelah diketepikan beberapa kali sebelum ini.
Bagi PAS perpecahan dan perpaduan di dalam Umno Bahagian Kuala Kerai tidak memberikan kesan kepada PAS. Ini kerana kekuatan PAS bukan terletak kepada kelemahan dan perpecahan dalam Umno. PAS mempunyai kekuatan sendiri dan jentera sendiri dalam menghadapi apa juga suasana. Malah kekuatan asas sudah sekian lama terbina. Sebab itu PAS tidak pernah kalah sejak Pilihanraya 1986 kecuali pada Pilihanraya 2004. Itupun tewas dengan majoriti 53 undi sahaja.

Comments

serupasekala said…
Tak ada yang pelik bagi umno.

Kak Ani dan Suaminya Cikgu Mat razali ada pengaruh dio sendiri. wan aziz begitu juga. dan bekas ketua bahagian wan zaid masih ada lagi penyokong nya
dan juga ketua bahagian sekarang juga ada penyokong nya.

boleh dikatakan umno perpecah kepada 4 kumpulan. tetapi mereka ini berpusat di kula krai.

sedikit sebanyak penyokong mereka mereka ini ada di dun manik urai.

benda semacam ini tak pelik bagi umno.

namun kesan perpecahan ini sedikit sebanyak boleh menambah undi untuk calon pas terutama nya abe uji merupakan orang yang paling glamor di mereket ( market) kuala krai.

sebagai contoh ;

Hj nawang ( ayam ) . Tok Yie ( balak ) Abe Uji ( ike ) semua mereka ini ada kesefahaman dalam berpolitik.

sedikit sebanyak memberi kesan positif terhadap calaon PAs ( Abe uji ) dan mereka ini juga merupakan orang rapat kepada Gemulah( Allah Yarham ) Paksu Wil.


Bekas S/U peti Undi Kg Tualang k.krai.
Sharps Shooters said…
yang peliknya Nik aziz cuba raih undi melalui debat dengan PM dan malang nya tak menjadi. kahkahkahkah