Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata debat adalah bertujuan mencari yang terbaik.
Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada keengganan Perdana Menteri untuk berdebat dengan Mursyidul Am PAS dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan tuduhan Tok Guru bahawa Umno sesat sama seperti komunis.
"Debat bukan untuk bertelagah, bukan untuk bergaduh"
"Debat berlaku bila Rakyat Amerika memilih Presiden, mencari pemimpin terbaik, debat berlaku bila Rakyat Indonesia memilih Presiden" kata Adly
Menurutnya bagi memilih samada SBY, Pak Yusuf (Kalla) atau Ibu Mega bisa jadi pemimpin unggul untuk warga Indonesia maka debat diadakan antara mereka.
Adly berkata debat berlaku disekolah. Ada macam-macam pertandingan debat untuk merebut piala-piala tertentu.
"Dalam debat kita mencari hujah dan isi terbaik, siapa yang terbaik akan menang dan dikira hebat"ujar beliau.
"Debat berlaku antara agama, bukan memperkecilkan tapi mencari kebenaran."
"Debat antara cara terbaik mencari kebenaran. Tiada kalah tiada yang menang. Yang penting rakyat dididik agar lebih terbuka, berfikir dan kritis."
Beliau juga kesal kerana bila melihat pemimpin UMNO ulas pasal debat, sudah merdeka lebih 50 tahun tapi bodoh sampai kemati.
"Hanya pemimpin kelas pertama saja mampu berdebat, asasnya mencari yang terbaik bukan membina gelanggang menang atau kalah.:
"Saya pasti UMNO bukan takut, tapi bimbang rakyat melihat kebenaran. Sebab itu UMNO suka bincang senyap-senyap kerana itu lebih berhemah".
"Bila berdebat, hati kena ikhlas, lidah tak boleh bercabang, rakyat akan nampak cabangnya" tambah beliau.
Adly berkata demikian dalam posting terbaru di dalam blog peribadinya.
Comments