SELESAIKAN ISU PR SECARA RUNDINGAN BUKAN KELUAR PAKATAN

Saya mengharapkan DAP dan PR Negeri Kedah dapat mencari jalan penyelesaian dalam kemelut politik di negeri Kedah sehingga DAP Kedah keluar dari PR Kedah.
Kedua-dua pihak mesti berunding secara terbuka bukannya melalui media yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan pakatan dalam PR. Saya yakin isu ini bukanlah suatu perkara yang besar dan ianya mampu diselesaikan sendiri oleh pihak pimpinan PR di Kedah.
Dalam mentadbir sesebuah negeri kerajaan sememangnya perlu menjaga kebajikan semua rakyat jelata demi kesejahteraan rakyat. Namun pada masa yang sama rakyat juga mesti menerima keputusan kerajaan yang tidak bertentangan dengan undang-undang demi kebaikan semua rakyat.
Tetapi kerajaan tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat tanpa adanya budi bicara dan perbincangan secara telus, terbuka dan jujur. Tidak ada gunanya semua pihak tertegang urat dan keras kepala kerana tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.
Kerajaan sebagai pihak yang berkuasa seharusnya mencari jalan penyelesaikan terbaik demi menjaga kebajikan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama rakyat mesti rasional dan bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang negara dan kerajaan tempatan.
Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan asalkan semua pihak sudi berunding dengan jujur, ikhlas dan bertimbang rasa.
DAP Kedah semalam mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.
Selain itu Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dalam kenyataan akhbarnya semalam menyatakan rasa tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini

Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.
Saya yakin DAP Pusat akan menolak hasrat DAP Kedah kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan baik. Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga AJK Pusat DAP, YB Teresa Kok berkata perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PR hari ini.

Comments

Anonymous said…
INILA SILAPNYA KERAJAAN KEDAH..SEPATUTNYA BENDA NI BOLEH BAWAK BINCANG...JAGALA HATI KAWAN KITA...KALO BUKAN KERANA DAP..PAS X MEMERINTAH DI KEDAH MACAM SEKARANG...
SEKARANG KAN DAH SUSAH..KITA X BOLEH SALAHKAN MEDIA ARUS PERDANA...MEREKA HANYA MELAPORKAN PERKARA YANG BETULL
Anak Lenggong said…
KAH KAH KAH...PANDAI PULAK KO BAGI NASIHAT KAT DAP TU EKS...NGAPE TAKUT SANGAT KE DENGAN KELUARNYA DAP TU...SEPATUTNYA KO MENASIHATKAN NIK AJIS TU SUPAYA DOK KAT RUMAH JEE JANGAN CEPAT DOK MERAPU...CAKAP TAK SERUPA BIKIN...ORANG SYORKAN UNTUK PERPADUAN DIA PULAK NAK MERANAPKANNYA...SEKARANG INI YANG LEBIH PINTAR ADALAH NASARUDDIN KETUA PEMUDA PAS DARIPADA NIK AJIS ATAUPUN HADI YANG PENGECUT TU
Anonymous said…
from ladybird...
kenapa PR makin bergolak...???? pada pandangan saya ini kerana janji2 pilihanraya yang tidak pernah ditunaikan dan janji2 itu semua menjadi janji yang dah jadi batu.....sedarkah kita bahawa rakyat asing sedang mentertawakan kita warga malaysia ini kerana berbalah sesama sendiri hanya kerana satu jawatan yang tidak pasti menjadi seorang sahaja... mungkin dulu ini giliran anda memporakporandakan UMNO tapi kini PR sendiri memporakporandakan partinya deengan tipu helah yang dah basi.....
Anonymous said…
"sedarkah kita bahawa rakyat asing sedang mentertawakan kita warga malaysia ini kerana berbalah sesama sendiri hanya kerana satu jawatan yang tidak pasti menjadi seorang sahaja..."

--------------------------------

Ya ampun... rakyat asing mana lah yg dok mentertawakan kita ni oiii. Bangla, Indon, Myanmar?? Sapa lah yg minat sgt nak ambik tahu pasal politik negara kita ni? Glamer sgt ke negara Malaysia ni? Semua cerita politik kita keluar ke dlm tv diorang ke??

Tolong lah... kalu nak tulis tu gunalah otak sikit jgn main tibai je. Aku ni ngaji kat UK setahun, kat Australia 3 tahun... boleh bilang ngan jari berapa kali news pasal Malaysia keluar kat berita diorang. Itupun major news je ooiii... takat politik Malaysia ni, depa tak pandang lah.

Toksah dok dengar sgt propaganda BeeEnd tu yg Malaysia ni mahsyur la, jadi perhatian dunia la... depa tak ambik tau pun pasal negara kita ni. Banyak negara lain yg lagi penting bg depa... ceghita politik depa sendiri pun tak dan nak cover.
Anonymous said…
kalu rasa blaja kat UK 2 awak gune duit sendiri xpe jugak tapi awak nak pegi sana tentu mohon bantuan dari kerjaan pusat jugak...jadi jangan la nak kutuk orang yang dah beri bantuan pada awak..lagi satu awak ingat rorang barat yang ada kat malaysia nie dok tengok je ke kita nie berbalah???? jadi cubelah ringankan mulut 2 berterima kasih pada kerajaan yang dah bagi bantuan awak melanjutkan pelajaran ke UK dan Australia 2.... orang yang dok dalam parti PR 2 semuanya asal dari ahli UMNO Yang tak puas hati bila pangkat yang dieorang nak tue x dapat... jadi jangan la jadi sebahagian dari mereka2 tue...
Kerajaan Kedah tak salah. Yang salah ialah DAP Kedah yang dok bela tokey babi yang tak berlesen tu. Semua masyarakat yang dok kat Kg Berjaya tu marah dengan pusat sembelihan tu. Jadi Kerajaan Negeri nak sokong siapa?
tok kedah said…
pasal kandang babi sampai ungkit bisiswa kerjaan pusat pasal apa? itu harta Kerajaan Malaysia bukan harta BN, lima tahun sekali BN diamanahkan, tak kiralah siapa pun yang diberi, semua rakyat Malaysa. Apa punya bahalul???
Anonymous said…
pasal kandang BABI PR berpecah.kelakar tak ape tg ku kata ni.aku nak cakap satu jee.DIA BERJUANG UTK BAAABIIII,BUKAN UTK RAKYAT.BOOOOOOODOOOOOOOOOH.BN nampaknya bole dpt bonus ape yg berlaku skrg dlm PR.