PRK MANEK URAI : 'BALA' TENTERA BN TURUN 'SERANG' RAKYAT

Seperti biasa BN tidak segan silu menggunakan kemudahan dan prasarana kerajaan untuk berkempen dan memenangkan calon mereka pada setiap kali pilihanraya.
Bala 'Tentera' BN terdiri dari penyokong dan agensi-agensi kerajaan sudah pasti sekali lagi akan 'menyerang' Manek Urai bagi memastikan kemenangan BN pada 14 Julai ini.
Sebutlah apa sahaja agensi kerajaan, sudah tentu mereka dipaksarela untuk 'bekerja' untuk BN. Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Polis, Kesedar, Risda dan sebagainya semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan rakyat memangkah BN. Sekolah, kenderaan, bantuan, bangunan-bangunan kerajaan pusat, pekerja dan lain-lain digunakan tanpa segan silu untuk memenangkan BN.
Acapkali kita lihat bila pemimpin-pemimpin BN turun maka bangunan sekolah, murid-murid, guru-guru dan ibubapa dikerah untuk datang ke sekolah mendengar 'dikir barat' pemimpin berkenaan. Jika tidak hadir guru-guru mungkin akan diambil tindakan.
Bantuan-bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan tidak semena-mena mencurah-curah datang semasa pilihanraya sedangkan jika tiada pilihanraya jangan mimpin bantuan tersebut akan diberikan.

Projek-projek 'mee segera' seperti membaiki masjid, surau, balai sah, rumah hatta kandang kambing pun bertali arus dilaksanakan oleh kerajaan pusat.
Jalan-jalan raya diturap, lubang ditampal malah kadang-kadang yang baru diturap pun sekali lagi dibaiki diturap demi untuk memperlihatkan bahawa kerajaan pusat bermurah hati dan menjaga kebajikan rakyat.
Tidakkan ini menyalahgunakan kuasa namanya?
Bangunan-bangunan lama seperti sekolah, surau, balai raya, pejabat dan sebagainya dirasmikan buat kesekian kalinya sebagai satu cara untuk berkempen dan mengumpulkan orang ramai.
Barangan seperti beras, milo, gula, garam dan sebagainya seringkali masuk ke rumah rakyat bagaikan ianya berjalan sendiri kerana terlalu banyak bantuan datang.
Kini kita digemparkan pula dengan pendedahan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa Tentera pula digunakan secara terang-terangan melalui surat yang diterima oleh beliau.
Mahfuz Omar mendedahkan penemuan satu dokumen sulit berhubung dengan penyertaan anggota tentera dalam memenangkan UMNO di Manek Urai, khamis lalu di bangunan parlimen.
Namun saya yakin pengundi Manek Urai yang matang berpolitik tidak akan termakan dengan pujukan, rasuah, ugutan dan penipuan sebegini. Mereka sudah masak dengan tipu muslihat Umno/BN yang sememangnya sudah lama ditolak rakyat Manek Urai.

Comments