RAKYAT TIDAK SENANG DENGAN WACANA PEMUDA PAS-UMNO?

Selepas isu kerajaan perpaduan selesai kini timbul pula isu wacana Pemuda PAS dengan Pemuda Umno. Wacana ini dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya Ustaz Nasruddin Hassan yang mempelawa Pemuda Umno untuk berwacana atas tajuk benarkah perjungan Umno tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Bagi saya tidak ada salahnya untuk berwacana, berdebat atau berbincang dengan sesiapapun atas kepentingan negara dan rakyat. Namun dalam keadaan politik sekarang yang sensitif rasanya tidak sesuai untuk ianya diadakan. Lebih-lebih atas nama wacana, perbincangan, muqabalah dan sebagainya yang kadang-kadang disalahtafsirkan oleh rakyat. Jika ianya debat mungkin tidak ada masalah kerana rakyat faham bahawa debat dalam bentuk terbuka.
Saya bertalu-talu oleh rakyat tentang isu wacana ini kerana mereka mula sangsi dengan pendirian PAS. Sekali ingin menutup isu kerajaan perpaduan tetapi pada masa sama ingin berwacanalah, berbincanglah dan sebagainya yang menurut mereka seolah-olah PAS bermain wayang. Bukan senang untuk memberi kefahaman kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan, agama, budaya, bangsa dan pemikiran.

Itu sebabnya bagi saya sebelum kita membuat keputusan dan mewar-warkan sesuatu perkara kita mesti mengkaji risiko dan impaknya kepada parti dan rakyat. 'Risk Assessment' mesti dijalankan dulu untuk mengkaji kesan dan impak dari segenap segi. Bukan hanya melihat dari sudut positif sahaja sedangkan di sana banyak aspek negatif yang akan menenggelam aspek positif tersebut.
"Apa ni sekali tak mau kerajaan perpaduan, sekali mau bincang, saya tarak faham apa ini PAS punya politik"tanya seorang kawan lama saya berbangsa Tionghua.
"Ini apa itu wacana, debat atau itu apa balah(muqabalah). Jangan itu macam nanti rakyat tarak percaya sama lu" kata rakan beliau.
Mari sama-sama kita fikir akan kesan dan impak kepada PAS tentang apa juga usaha yang kita lakukan. Kita bimbang kepercayaan rakyat semakin menipis dari sehari ke hari lantaran kegagalan kita mengkaji kesan dan akibat dari perancangan dan pelaksanaan sesuatu program dan langkah yang diambil.

Comments

Kasturi said…
Jangan sebut rakyat, tapi sebut bukan islam tak senang dengan wacana pas-umno. Memanglah orang bukan islam sampai kiamatpun tak mahu orang islam bersatu dan kuat. Itu kita fahamlah. Tapi yang kita tak faham ni, orang islam sendiri yang tak mahu berbincang sesama islam untuk cari titik persefahaman. Kalau boleh jangan jumpa langsung sampai kiamat! Puak yang sokong ug depa cap sebagai pengkhianat, emosi sungguh dan setia sungguh dengan kawan pakatan. DAP Kedah umum keluar pakatan, depa tak pedulipun perasaan pas. Sebenarnya pengkhianat disini ialah orang yang tidak mahu berdamai sesama islam meskipun dihulurkan tangan persahabatan.
Anonymous said…
Umno bukan nak berdamai tetapi mencari peluang untuk menguatkan dirinya yang sedang nazak sekarang.

Pada masa Umno kuat seperti tahun 2004 jangan harap Umno hendak hulurkan tangan persahabatan.

Tetapi setiap kali Umno nazak maka PAS lah dicari untuk jadi tempat berpaut. Contohnya selepas pilihanraya 1969 Umno hulurkan tangan pada PAS. PAS masuk BN. Bila Umno kuat Umno tendang PAS macam kucing kurap dari BN pada tahun 1977.

Ini Umno nak buat taktik yang sama.

Jadi jelas Umno hanya ingin bermain politik di sini
masuh asum said…
pemikiran kuno yang taknak lihat melayu maju daripada ahli pas yang jahil...