LAKONAN : PEMUDA UMNO BERLAGAK HEBAT?


Pemuda Umno Kedah menegur Ketua Pemuda Gerakan negeri , Tan Keng Liang kerana membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan agama Islam,.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, perkara yang berkaitan dengan agama Islam wajar dibawa berbincang atau sebaik-baiknya janganlah mereka yang bukan Islam membuat kenyataan kerana ini boleh menyentuh sensitiviti perbezaan agama. Walaupun tujuan Keng Liang mahu mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu garis panduan pakaiana model dalam iklan .

Dalam isu sangkutan dengan hukum -hakam agama Islam, bukan sahaja Keng Liang ataupun pemimpin Gerakan tetapi mana-mana ahli politik yang bukan Islam dalam BN atau Paktan Rakyat tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangya mebuat kenyataan, kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Macamana pula dengan lakonan Chua Soi Lek, mana Pemuda Umno?
Macamana dengan tindakan pemimpin Umno yang rasuah, mengumpul empayar kekayaan?
Macamana dengan penyelewengan seperti dalam isu NFC, Kapal Selam dan sebagainya?

Di mana Pemuda Umno????

Pada masa yang sama ada pihak menempelak PAS konon-kononnya tidak berani menegur DAP. Benarkah begitu??? Pada hal PAS sentiasa konsisten dalam pegangan dan prinsipnya seperti isu negara Islam, kalimah Allah dan lain-lain. Majlis Syura PAS tetap konsisten dengan keputusannya walaupun ada pihak kurang bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. 

Comments