SPR TOLONG JAWAB JANGAN TIPU RAKYAT

SPR tolong jawab dakwaan yang dibuat oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Dakwaan yang dibuat oleh MERAP ini cukup menggerunkan seolah-olah keselamatan negara kita begitu mudah ditembusi oleh orang luar.

Lebih teruk lagi jika perkara benar-benar berlaku dan terus menerus berlaku suatu hari kuasa politik rakyat asal Malaysia khususnya orang Melayu akan pupus dek kerana lambakan orang asing yang diberikan 'infak' percuma Kad Pengenalan dan hak mengundi menentukan kerajaan.

Tidak mustahil suatu hari ini orang Bangla, Nepal atau Pakistan maupun Filiphina menjadi Perdana Menteri dan pimpinan negara. Kekayaan dan hasil negara serta apa juga kemudahan terpaksa dikongsi bersama dengan orang asing.

Malaysia akan menjadi lebih majmuk pada masa akan datang.

Comments