PRU 13 : MAHATHIR AKAN BERTANDING DI PARLIMEN KUBANG PASU?

Melihat kepada gelagat dan tingkah laku mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, blog ini mencadangkan kepada si pencen ini supaya bertanding semula di kerusi Parlimen Kubang Pasu. Ini kerana beliau dilihat lebih berkuasa dan lebih hebat berbanding Perdana Menteri dan menteri-menteri yang ada sekarang.

Setiap hari beliau mengeluarkan kenyataan. Macam-macam kenyataan yang dikeluarkan beliau. Sekali pandang kita tengok beliau acapkali mendahului Najib dalam banyak perkara. Kenyataannya pula jarang sekali disanggah oleh Najib. Anak Tun Razak itu menjadi Pak Pacak dan Tukang 'Hangguk' Mahathir. Apa sahaja yang Mahathir cakap semua di'hangguk' oleh Najib. Apa ilmu yang Doktor ini pakai kita pun tidak tahu.

Tetapi apa yang pasti semua cerita Najib ada dalam 'poket' Mahathir. Najib tak berani bersuara. Sebab itu Najib lantik anak Mahathir yang kalah bertanding Ketua Pemuda Umno jadi anggota kabinetnya. Tetapi tidak memberi ruang kepada Ketua Pemuda Umno yang menang mengalahkan anak Mahathir untuk  sebarang jawatan dalam kabinet.

Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam kabinet Najib dan keputusan yang Najib buat. Kalau Pak Lah ada 'geng' tingkat 4, Najib ada Mahathir. Itulah kehebatan Mahathir. Selagi nafsunya tidak dipenuhi dia akan terus bersuara dan memastikan nafsu itu dipenuhi walaupun dengan apa cara sekalipun. Dia sanggup memecat 3 Timbalan Perdana Menteri, beliau sanggup memfitnah dan buat apa sahaja. Sekarang ini anaknya kaya raya, ada syarikat minyak ada macam-macam syarikat yang kontroversi. Salah seorang anaknya mempunya duit sebanyak RM2.9bilion untuk membeli Syarikat San Miguel. Dari mana anaknya dapat duit sebanyak itu ......RM2900 juta bukan sedikit. Kalau diharapkan kepada gaji dan elaun Mahathir takkan dapat dia mengumpul wang sebanyak itu .........dari mana anaknya dapat duit sebanyak itu.

Kini ada satu lagi hasrat dan nafsu serakah Mahathir yang belum tertunai. Ramai mendakwa bahawa beliau mahu anaknya menjejaki Najib yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Sebab itu beliau beriya-iya menonjolkan anaknya itu. Najib kelihatan begitu menghormati anak Mahathir apatah lagi Mahathir. Namun akhir-akhir ini kelihatan Mahathir mempunyai agenda untuk mencari pengganti Najib......semakin cepat Najib  pergi semakin cepat Mahathir menggapai cita-citanya .........

Comments