KALIMAH ALLAH : KEMENTERIAN DALAM NEGERI YANG BENARKAN CETAK BIBLE DALAM BAHASA MELAYU

Umno dan kuncu-kuncunya cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Tetapi sedarkah kita semua bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan kelulusan untuk mencetak Bible dalam Bahasa Melayu. Perkara sudah berlaku puluhan tahun lalu. Malangnya pihak kerajaan Umno/BN cuba memainkan isu ini dengan mewar-warkan bahawa PR membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Jawapan Presiden PAS semalam ketika ditanya tentang isu ini amat tepat sekali. 


Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.

Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.


"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.



"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi.



Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi.



Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.



"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?," kata Hadi.

Jelas sekali pihak Umno/BN cuba memainkan isu untuk kepentingan politik mereka. 



Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian PAS bahawa penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar Al-Quran.



Penggunaan kalimah Allah itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam, kata Hadi.

Beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Comments