JANGAN MIMPI NAK TAWAN JOHOR


Jangan mimpi hendak tawan Johor itulah kenyataan angkuh Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman. Pernah suatu ketika dahulu Hosni Mubarak, Zaen Al Abidin Ali, Muammar Gaddafi, Firaun dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka juga mempunyai iktikad yang sama, yakin bahawa mereka akan memerintah dan berkuasa sehingga akhir hayat. Tetapi ke mana mereka sekarang ini.


Tetapi itulah iktikad Ghani yang disiarkan oleh media edisi Johor. Kita hendak nasihatkan kepada Ghani supaya jangan angkuh. Siapa sangka Khir Toyo, Mahazir Khalid, Tajol Rosli, Wan Mokhtar, Koh Tsu Kon dan lain-lain tewas padahal masing-masing perasan mereka mendapat sokongan padu dari rakyat.

Malah Khir Toyo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor akan sifar pembangkang selepas PRU 2008. Tetapi hakikatnya dia sendiri yang dihumban oleh rakyat Selangor. Di mana Khir Toyo sekarang????

Oleh itu Ghani janganlah terlampau angkuh, Namrud dan Firaun yang mempunyai kerajaan yang paling hebat pun runtuh inikan pula BN Johor.

Bukankah Ghani sudah mahu pencen. Jadi tidak perlulah bercakap angkuh takut-takut nanti tersungkur dan tidak dipedulikan oleh rakyat.

Comments