UMNO MALUKAN RAKYAT MELAKA : GANGGU CERAMAH ANWAR DI JASIN

Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.

"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat.


Comments