Sehari dua ini riuh rendah rakyat berebut-rebut mengambil bantuan BR1M kali kedua. Bersusun-susun kereta dan motorsilkal di perkarangan Dewan Japerund di Melaka. Sehingga ini rakyat yang layak menerima RM1000. Memang wang RM1000 itu banyak bagi sesetengah rakyat yang fakir atau miskin.
Namun mari kita mencongak fakta yang sepatutnya direnung dan diteliti oleh rakyat.
1) Wang RM1000 boleh habis sekelip mata sahaja terutama kepada mereka yang sememangnya dhaif dan memerlukan wang segera. Namun ianya bukanlah memberikan kesejahteraan dan kesenangan dalam jangkamasa yang lama. Ia mungkin meringankan beban rakyat dalam masa singkat. Mungkin sehari habis, seminggu langsai atau mungkin sebulan ianya habis dibelanjakan.
2) Tawaran PR yang pertama iaitu PENDIDIKAN PERCUMA dari pra-sekolah hingga Universiti. Sebagai contoh yuran pengajian untuk mahasiswa lebih kurang RM60,000. Jika tuan-puan ada anak 4 orang masuk Universiti bermakna RM240,000 dapat dijimatkan dan anak-anak tuan-puan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Cuba kira berapa banyak belanja yang tuan-tuan belanjakan untuk yuran Pra-Sekolah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Pra-Universiti dan seterus Universiti. Bandingkan RM1,000 dengan kira-kira RM60,000 (tambah lagi perbelanjaan semasa persekolahan).
3) Tawaran kedua iaitu MENURUNKAN HARGA MINYAK. Cuba tuan-puan kira berapa banyak wang dibelanjakan untuk membeli minyak. Jika tuan-puan mempunyai kereta, seminggu mungkin perbelanjaan untuk membeli minyak RM50, sebulan RM200 maka setahun RM2400. Jika harga minyak diturunkan sebagai RM0.50 sen kiralah sendiri berapa penjimatan yang dibuat. Kalau 10 tahun sudah tentu ianya melebihi BR1M.
4) Tawaran ketiga ialah MENGHAPUSKAN TOL. Bagi mereka yang sering 'travel' sudah tentu penurunan harga Tol akan mengurangkan belanja mereka dan dapat menabung. Jumlahnya sudah tentu jauh lebih banyak dari RM1000 BR1M.
5) Tawaran Keempat MENURUNKAN HARGA KERETA. Malaysia adalah negara yang mengenakan cukai kereta tertinggi. Harga kereta di Malaysia 100 % lebih mahal dari negara-negara lain. Sudah tentu tuan-puan dapat membeli kereta dengan harga yang jauh lebih.
Jadi mana yang lebih membantu rakyat pada jangka panjang. Sudah tentu TAWARAN PR dapat menringankan beban rakyat. Malah dengan penurunan harga minyak, penghapusa tol dan penurunan harga kereta sudah tentu akan mengurangkan kos pengangkutan dan ini memungkinkan pihak pengeluar dan perkhidmatan MENURUNKAN HARGA BARANG.
Namun rakyat yang layak menerima BR1M wajib mengambil wang tersebut kerana ianya bukan hak milik Umno/BN tetapi ianya datang dari pembayaran cukai dan lain-lain sumber yang mana ianya adalah duit kerajaan = rakyat.
Rakyat Malaysia mesti bijak menilai TAWARAN PR dan BN supaya rakyat benar-benar mendapat manfaat kepada rakyat.

Comments
Sudahlah harga kereta lebih murah, minyak terjimat sebab enjin baru. Secara logiknya akan bertambah baiklah kuasa membeli anda di masa hadapan, InsyaAllah.
Ada UMNO yang bimbang harga kereta kurang akan menyebabkan kesesakan jalan raya... malah akan menyebabkan kesukaran untuk parking... kita wajar tersenyum kerana bermakna mereka percaya perkara ini boleh berlaku. Masalah kesesakan tidak berlaku kerana kebanyakkan pengguna akan menukar kereta lama kepada kereta baru (yang mahal ketika ini) bukan menambahkan koleksi kereta. Jadi tak ada masalah parking.
Jika ada masalah itu juga... polisi baru boleh dibentuk seperti mendapat harga kereta baru yang lebih menarik jika melupuskan kereta lama...