SAMSENG HALANG CERAMAH : APAKAH MALAYSIA SUDAH TIDAK ADA UNDANG-UNDANG?

Kejadian puak-puak samseng menghalang ceramah PAS di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi menambahkan koleksi kegagalan pihak berkuasa keselamatan menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat. Bayangkan apa akan jadi terhadap negara kita apabila pihak Polis hanya melihat samseng-samseng jalanan melempar kerusi melolong-lolong mengeluarkan ugutan dan kata-kata kesat kepada pihak penganjur. Mereka juga merempuh kawalan yang dibuat oleh pihak Unit Amal. Mujur juga pihak penganjur berjaya mententeramkan penyokong agar tidak melayan provokasi samseng jalanan tersebut.

Jelas sekali Malaysia seolah-olah tiada undang-undang apabila pihak berkuasa hanya memandang dan membiarkan perusuh-perusuh tersebut melakukan tindakan biadap dan kuranga ajar serta ganas. Apakah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa sehingga membiarkan samseng bertindak mengikut hawa nafsu mereka.

Seringkali kita mendengar rungutan jika pihak yang membuat kacau itu adalah penyokong Umno/BN atau Perkasa, Polis akan memandang sahaja tanpa apa-apa tindakan seolah-olah mereka itu ada imuniti khas dan tidak tertakluk kepada undang-undang. 

Apakah Malaysia sedang menuju ke arah undang-undang rimba iaitu siapa gagah dan ramai mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati dan nafsu mereka. Malang sekali negaraku kalau inilah yang berlaku seterusnya ......


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. 

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.

"Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.

Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.

Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.

"Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya.\

Gambar ihsan Blog Omakkau.

Comments