BILAKAH KERAJAAN BOLEH BAYAR HUTANG NEGARA????

Hutang negara sudah mencecah lebih RM700 bilion. Mengikut pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hanya RM27 bilion sahaja diperuntukkan bagi membayar hutang. Bajet pula defisit RM38 bilion. Sampai bilakah hutang ini akan selesai. Sedangkan jumlah defisit bajet lebih besar dari jumlah bayaran hutang tahunan. Makna berhutang untuk bayar hutang .........untuk rekod hutang negara mencecah RM700.1 bilion pada suku pertama tahun ini. 

Dipetik dari Selangorkini.

Kerajaan Pusat disaran mengambil iktibar situasi ekonomi Sepanyol yang kini menanggung hutang melebihi USD1 trilion iaitu mencecah 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.
Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata sedangkan tiga tahun lalu Kerajaan Sepanyol hanya menanggung hutang antara 70 hingga 80 peratus berbanding KDNK mereka tetapi melonjak kepada hampir mencecah 100 peratus hari ini walaupun memperkenalkan dasar menaikan pelbagai cukai kepada rakyat Sepanyol.
Dr Rosli Yaakop“Sepanyol gagal mengawal perbelanjaan mereka hingga menyebabkan Sepanyol hari ini terpaksa menanggung hutang lebih USD1 trilion atau hampir mencecah 100 peratus dibandingkan dengan KDNK,” kata Dr Yaakob dihubungi Selangorkini.
Jelas Dr Rosli, Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan Kerajaan Selangor sebagai model yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dengan bersungguh-sungguh.
“Kerajaan Pusat tidak langsung mahu menjadikan Kerajaan Selangor sebagai contoh. Mereka masih lagi mengamalkan memberikan projek kepada kroni secara rundingan terus. Langsung tidak ada langkah berjimat-cermat,” kata beliau lagi.
Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.
Tambah Dr Rosli, kegagalan Sepanyol mengawal hutang merupakan bukti kukuh bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan hutang negara sebaliknya kerajaan perlu mengkikis tabiat yang cenderung kepada pembaziran, ketirisan dan rasuah terlebih dahulu.
Kata beliau lagi, jumlah hutang negara yang mencecah RM700.1 bilion  pada suku tahun pertama tahun ini seperti diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu juga membuktikan kerajaan pusat tidak melaksanakan langsung janji mahu mengawal perbelanjaan sekaligus mengurangkan hutang negara.

Comments

kenapa harus rakyat yang bayar,sedangkan mereka memakan sebagian besarnya
HAMIDIsP said…
Kerajaan Najib terlalu boros berbelanja..