LANGGAR HAK ASASI : POLIS TAK PERNAH SERIK

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengeluarkan beberapa kali keputusan laporannya yang membuktikan bahawa Polis sering melanggarkan HAK ASASI MANUSIA. Namun Polis tidak pernah serik melanggarnya.

Terbaru SUHAKAM membuat kesimpulan bahawa Polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian,  terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam.

Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital.

Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini.

Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas.

Bilalah agaknya Polis akan insaf dan membuat perubahan terhadap segala perlakuan dan tindakan mereka.

Pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, ramai beranggapan bahawa Polis lebih brutal dan lebih ganas berbanding sebelum ini. Video dan gambar yang dirakam oleh wartawan dan orang perseorangan jelas membuktikan dakwaan itu. Malah lebih teruk lagi Polis membelasah wartawan tanpa belas kasihan.


Dalam perkembangan berkaitan oleh kerana ketelusan dan sikap adil dan tidak berpihak Suhakam, Kerajaan Malaysia pimpinan Ah Gib Jor mengenepikan Suhakam dalam menyiasat salah laku dan keganasan semasa himpunan Bersih 3.0. Najib tanpa rasa malu dan segan menubuhkan sebuah panel khas untuk menyiasat perkara itu. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak percaya kepada Suhakam yang ditubuhkan oleh mereka sendiri yang diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri.

Comments