UMNO BELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK BERHIMPUN?

Umno hendak berhimpun pada 11 Mei. Sudah tentu jutaan ringgit akan dibelanjakan. Sudah tentu Umno terpaksa menyewa bas, memberi duit poket dan makanan percuma untuk menarik minat orang ramai untuk hadir program tersebut.

Selain antara tarikan tradisi yang terpaksa Umno lakukan ialah dengan mengadakan konsert nyanyian artis popular, cabutan bertuah dan sebagainya. Tidak syak sebagaimana program-program lain jutaan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menjayakan program tersebut.

Media hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Onlinedi ibu negara.

Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.

"Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.


Sumber : Bernama

Comments