KONVENSYEN PR KE 4 : PR AKAN KURANGKAN PEKERJA ASING

Pakatan Rakyat (PR) pada Konvensyen ke 4 di Shah Alam hari ini mengumumkan bahawa PR akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Pekerja asing akan dikurangkan dan PR akan menyediakan 1 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Ianya sudah tentu merupakan berita gembira buat semua. Ini kerana di samping ianya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi juga akan menyelesaikan masalah pendatang asing yang semakin ramai menjadi pekerja secara sah atau tidak sah.

Rakyat mengharapkan pekerja asing ini akan dihantar pulang selepas tamat kontrak dan bagi yang pendatang tanpa asing mereka mesti dikenakan hukuman dan dihantar pulang segera.

Comments