PI BALA AKAN 'HASUT' RAKYAT?

Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Beliau akan memulakan acara 'menghasut' rakyat dan membongkar segala yang dia tahu. Rakyat berhak mendengar dan menilai samada apa yang diperkatakan oleh Bala betul atau tidak. Rakyat yang cerdik akan mendengar dengan teliti dan akan membuat keputusan samada percaya atau tidak dengan apa yang diperkatakan oleh Bala.

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.


Kepada mereka yang tinggal berdekatan lokasi forum boleh hadir, tadah telinga, fikir dengan minda terbuka dan iman seterusnya buat keputusan.


Sumber : Blog GB

Comments