KASIHAN NAJIB, TIMBALAN SENDIRI NAK TENDANG DIA

Dulu selepas keputusan PRU 12 diumumkan maka bermulalah usaha terancang untuk menjatuhkan Pak Lah. Alasannya kerana Pak Lah gagal mempertahankan kedudukan BN sehingga menang hanya dengan 'simple majority' tidak sampai 2/3.

Kini hal yang sama amat digeruni Ah Jib Gor. Jika beliau gagal memastikan BN menang besar kali ini kedudukan beliau juga goyang.

Ramai menjangkakan bahawa Timbalannya, Abang Din sedang mengintai-intai untuk menyisihkan Ah Jib Gor jika BN gagal mengembalikan kemenangan 2/3 seperti yang pernah mereka kecapi sebelum PRU 12.

Harakahdaily memuatkan kenyataan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar Abang Din sudah tidak sabar untuk menabalkan dirinya menduduki kerusi empuk no 1 dalam pemerintahan negara.

Dalam laporan itu Harakah melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bila Najib dipaksa berundur kelak apabila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddinlah yang akan nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Kesian Ah Jib Gor makin lama makin tertekan. Rakyat semakin lama semakin meluat dengan beliau, orang bawahan pula sentiasa mencari peluang untuk merebut kuasa ...................lebih baik menyerah sahaja Ah Jib ................

Comments