AZAN TIDAK DIBENARKAN DI PULAU PINANG?

Seorang ahli jemaah di sebuah surau di Dun Ayer Molek terkejut dengan fitnah yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Md Sirat Abu yang menuduh bahawa azan tidak dibenarkan di Pulau Pinang.

Selain itu Md Sirat juga menyatakan bahawa jika kerajaan yang ada sekarang tewas pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang sudah tentu bangsa lain akan menjadi pemimpin kerajaan dan ianya amat merbahaya kepada agama Islam dan orang Melayu.

Ahli jemaah itu yang tidak mahu namanya disiarkan  kesal kerana Ahli Parlimen tersebut secara terang-terang berpolitik di dalam surau sedangkan merekalah yang sering menuduh pihak lain berpolitik di dalam surau dan masjid.

"Ramai ahli jemaah yang tersenyum sinis bila mendengar ucapan tidak cerdik Ahli Parlimen tersebut".

"Kenyataan beliau itu sebenarnya menyerlahkan lagi sikap pemimpin BN yang sentiasa menggunkan fitnah dan fakta songsang untuk menarik sokongan rakyat khususnya orang Melayu" ujar seorang ahli jemaah lain yang ditemui selepas majlis di surau tersebut malam tadi.

Menurutnya kalau betul kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan azan dikumandangkan di Pulau Pinang sudah tentu ianya menjadi isu besar dan akan ada penentangan hebat dari umat Islam di Pulau Pinang tidak kira fahaman politik.

"Rakyat sebenarnya sudah cerdik hari ini, mereka mendapat maklumat dari pelbagai sumber, pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen ini benar-benar menggelikan hati".

"Rakyat tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM64juta pada bajet 2012 berbanding dengan peruntukan di zaman kerajaan BN hanya RM12.5 juta sahaja".

"Semua orang tahu kerajaan Pulau Pinang menaikkan elaun guru-guru Kafa, memberikan elaun kepada para Hafiz dan Hafizah" tambah Ahli Jemaah tersebut.

Menurutnya selain itu orang Melayu jangan risau kerana jika Umno kalah yang menang ialah pemimpin Melayu dari PAS dan PKR kerana semua kerusi yang ditandingi Umno juga ditandingi oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR. Maknanya jika calon Umno kalah yang menang ialah calon Melayu PAS dan PKR.

"Kalau Umno kalah bukannya pemimpin Cina DAP yang menang, sebaliknya yang menang ialah pemimpin Melayu PAS dan PKR, mana logiknya pemimpin Cina yang akan jadi ketua"

"Malah DAP hanya bertanding paling banyak 48 kerusi dari 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, jadi tidak mungkin mereka akan akan jadi Perdana Menteri, bahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berkali-kali menyatakan bahawa Perdana Menteri mestilah pemimpin Melayu, jangan buat fitnah" tambahnya.

Beliau juga kesal kerana di saat umat Islam hendak menyambut bulan Ramadhan yang mulia, pemimpin Umno sanggup menipu dan membuat pembohongan yang nyata, malah tindakannya yang berkempen politik secara terang-terangan dalam surau merupakan tindakan yang tidak wajar dan tidak cerdik.


Comments

mantan pengk jaya said…
YB Mat sirat telah habis modal....masa awal menang dulu, langsung tak nampak batang hidung..akhir-akhir oini, ke hulu ke hilir menjaja cerita fitnah...poorah mat sirat.