PEMIMPIN JANGAN SOMBONG - HASSAN ALI

Bekas Bendahari Parti Melayu Semangat 46, Dr Hassan Ali berkata pemimpin jangan sombong dengan rakyat sebaliknya mesti sentiasa berhemah dan berlemah lembut dengan rakyat.

"Ambil contoh Nabi Sulaiman yang bukan sahaja menjadi pemimpin kepada manusia tetapi seluruh makhluk di dunia termasuk binatang".

"Nabi Sulaiman cukup berlemah lembut dan melayan rakyat jelata dengan baik dan adil termasuk kepada semut yang kecil" ujar Hassan.

Namun kita lihat hari ini pemimpin begitu angkuh dan sombong sehingga kadang-kadang menjadikan rakyat seolah-olah tidak ada harga diri dan tidak nilai.

"Pemimpin boleh ambil tanah rakyat, buat ambil tindakan ikut suka hati mereka, tanpa belas kasihan" tambah Hassan.

Beliau berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Durian Tunggal di Pekan Durian Tunggal Sabtu lalu.

Hassan juga merayu kepada rakyat Malaysia khususnya kepada orang Melaka supaya menukar kerajaan yang ada pada hari ini dengan kerajaan yang lebih adil, telus dan tidak mengamalkan rasuah.

"Rakyat mesti beri salam kepada kerajaan BN dan jadikan itu salam terakhir sebelum mereka berundur selepas PRU 13 nanti" tambah Hassan.

Comments