JAMIL SEMAKIN HEBAT UMNONYA, INGATLAH SILAMMU

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.

"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di Baling diminta mengulas desas-desus mengatakan empat ADUN Kedah dari PKR dan DAP akan melompat parti.

BLOG INI HARAP JAMIL KHIR DAPAT MENGINGATI KISAH SILAMNYA SEBELUM MENJADI PEGAWAI TENTERA DAN MENTERI UMNO. CUBA INGATKAN KEMBALI DIDIKAN AYAH DAN IBUMU, SERTA ADIK BERADIK MU.

Comments

Anonymous said…
bekas peg tentera mana guna otak bila buat kerja.... Tak cayer? ikuti cerita di bawah:

seorg pakar bedah otak terkenal sedang merawat seorg pesakit otak. Setelah membuat kajian di mencadangkan pesakitnya itu tukar otak lain(macam tukat enjin jet pulak)

Dokor: Tuan boleh pilih otak mana yang tuan mahu. Di sini saya ada 4 otak yg masih segar dan masih boleh digunakan mengikut kadar harga yg telah ditetapkan.

Pesakit: berapa harga otak yang doktor maksudkan ni.

Doktor: Ooooo... otak yg pertam ialah otak jurutera harga RM14k, yg kedua otak seorg guru harga RM15k, yang ke tiga tu otak pegawai bank RM16k dan otak yg ke empat sorg pegawai tentera berharga RM35k.

Pesakit: Kenapa otak pegawai tentera lebih mahal dari otak jurutera sedangkan otak jurutera kan bagus.

Doktor: ooohhhh!!!.. sebenarnya tuan kami menetapkan harga mengikut penggunaan otak semasa mereka masih hidup.

Pesakit: Maksudnya....

Doktor Jurutera, Pegawai Bank dan Guru menggunakan otak mereka sepenuhnya semasa bekerja jadi hanya tinggal sedikit sahaja otaknya yg masih elok sedangkan Pegawai Tentera ni tidak pernah menggunakan otaknya semasa bekerja mereka hanya akan mengikut arahan sahaja jadi otak Pegawai tentera masih byk lg yg elok sbb tak digunakan sepenuhnya.

Pesakit: ooo baru sya faham...