BANTAHAN JUDI BOLA : RAKYAT KESAL UMNO/BN MELAKA SETUJU JUDI

Rakyat negeri Melaka kesal kerana Umno/BN negeri Melaka seolah-olah bersetuju dengan judi kerana tiada kelibat pemimpin Umno negeri yang sama-sama membuat bantahan terhadap lesen judi di perkarangan Masjid Negeri Al Azim hari ini.

Seorang pemuda dari Durian Tunggal, Amid Abdullah berkata sepatutnya pimpinan UMno/BN negeri Melaka khasnya Ketua Menteri Ali Rustam turut sama berdemonstrasi hari ini bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan BN meluluskan lesen judi bola.

"Apakah Umno/BN Melaka juga bersetuju dan sama-sama redha dengan tindakan bos mereka meluluskan lesen judi bola ini"

"Saya sebagai rakyat Melaka kesal dengan Umno/BN Melaka kerana sanggup bersekongkol meluluskan lesen judi ini"

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan aman yang dilaksanakan oleh PAS dan umat Islam Melaka di masjid Al Azim hari ini. Beliau ditemui oleh wakil blog ini di Batu Berendam sebentar tadi.

Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Comments

teratailiar said…
syabas orang Melaka...

-from Kulim-
Jati Diri said…
Mutaligat,

Ni sama la dengan kes bila kita orang menentang penyalahgunaan masjid (daripada jadi hotel rasmi pAS masa PRK), engkau orang tak datang.

Maknanya kau orang pun setujulah masjid jadi hotel dan boleh dipolitikkan.
mi-phg said…
mutaligat,
depa tak jumpa ayat qur'an yang haramkan judi tapi lim guan eng yg berkawan dengan pas dah jumpa.