PR AKAN BUAT KEJUTAN BESAR JIKA SOKONGAN KAUM TIONGHUA KEKAL 70 %

Adalah dijangkakan PR akan membuat kejutan besar andai sokongan padu kaum Tionghua seperti yang ditunjukkan di Hulu Selangor dan Sibu kekal. Ini kerana terdapat banyak sekali kerusi parlimen yang terdiri dari pengundi campuran yang akan dimenangi oleh PR jika 75 % pengundi Tionghua menyokong PR.

Pada PRU 2008 masih banyak lagi kerusi campuran yang dimenangi BN dan ini tidak akan berulang pada PRU 13 nanti andai sokongan pengundi Tionghua sama seperti di Hulu Selangor dan Sibu.

Adalah dijangkakan mana-mana kerusi yang pengundi Tionghuanya berjumlah 30% keatas akan dimenangi oleh PR dengan syarat PR memperolehi sekurang-kurangnya 35 % pengundi Melayu. Andaikata perkara ini berlaku maka BN akan tumbang.

Comments

wan said…
Aku ramalkn negeri prtama yg mgkin trgugat dn mgkin akn jatuh ketangan PR ialah negeri Sarawak.Kwasan undi kaum tionghua pling rmai sperti Parlimen Stampin,kaum cina 76%;Sarikei,67%;Lanang 73%;Sibu 68%;Bandar Kuching 90%;Sibuti 67%;Miri 49.5% mgkin pluang BN trjejas.
Manakala kwsan yg BN mng tipis adlh dLimbang mjoriti 676undi,Lubok Antu 1610undi jga prlu dberi prhatian.
Lain2 kwsan yg BN mng tipis dSemenanjung sprti Parlimen Pandan(Slgor)45% kaum cina,Kampar(Prk)63%;Cameroon Higland 33%;Raub(Phg) 45%;Segamat 48%;Labis 48%;Ledang 43%;Batu Pahat 47%;Kluang 55%;Pasir Gudang 40%;Johor Bahru 45%;Gelang Patah 55%;dan tanjong Piai(Jhr) prlu juga dberi prhtian.
Jika swing vote ini brlaku pd PRU-13 nnt BN blh la bsiap sdia utk tumbang buat kali prtama dlm sejarah!
Anonymous said…
Kita kena kerja kuat menambahkan peratus undi Melayu. Kena cari formula berkesan. Insyallah umnobn pasti tumbang. Ayoh selamatkan Malaysia drp lanun2 pimpinan RosJib.
Jati Diri said…
Lepas tu PKR dengan PAS pulak yang terkejut besar sebab tiba-tiba Lim Kit Siang jadi PM. Masa tu sudah "terlambat"....
Anonymous said…
Persempanan kawasan pilihanraya oleh spr telah makan tuan.Dulu kawasan kawasan ini tempat selamat bagi bn.