PRK MERLIMAU : TUAN GURU NIK AZIZ TERIMA SAMBUTAN HEBAT MASYARAKAT TIONGHUA

Merlimau : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sambutan hebat dari masyarakat Tionghua Merlimau apabila mereka keluar beramai-ramai menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina anjuran DAP dan PR Melaka di sini malam tadi.

Program yang bermula pada jam 8.00 malam itu membuktikan bahawa penerimaan hebat kaum Tionghua kepada PAS yang akan bertanding mewakili PR pada PRK Merlimau 6 Mac ini.

Kehadiran kaum Tionghua pada program ini juga menunjukkan bahawa kaum Tionghua tidak lagi takut untuk memberikan sokongan kepada PAS dan PR.

Turut hadir pada program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan pimpinan PR negeri Melaka.


Comments

Putra IJ80 said…
Nampak benar orang Tionghua lebe memahami Politik dari orang Melayu yg.terpengaruh dgn dakyah UMNO(BN)Politik itu Politik, Agama itu Agama.

Akhir nya Melayu menolak kedua dua nya sekali dgn ganjaran yg sedikit di dunia sanggup menangung beban dosa yg.besar di akhirat.
Anonymous said…
boneka DAP, mmg la rmai..(kalau ramai la)