LEBIH RAMAI BEKAS PEMIMPIN UMNO SERTAI PAS?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata lebih ramai bekas pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai PAS.

"Kita tunggu dan lihat, saya akan isytiharkan satu demi satu bekas pemimpin Umno yang akan masuk PAS.

"Sabar tuan-tuan, mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada Umno, malah bekas-bekas pegawai polis dan Tentera yang pangkat besar akan jadi calon PAS pada PRU 13 nanti" ujar Mohamad pada ceramah anjuran PAS Kota Melaka di Pejabat PAS Pernu malam tadi.

Beliau berkata kesediaan bekas pemimpin Umno menyertai PAS bukan disebabkan oleh dirinya tetapi atas kesedaran mereka sendiri.

"Mereka telah sedar bahawa Umno sudah jauh menyimpang dari perjuangan memartabatkan agama dan bangsa" tambah beliau lagi.

Selain Mohamad Sabu, turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San.

Comments

Putra IJ80 said…
Kita amat bbesar hati dgn perkembangan ini.,

Tapi jgn lupa pepatah Melayu

Quote"Anjing jika sudah suka makan Najis., x makan dia cium gek"unquote

Bukan aper takut mereka nie cuma hangat hangat tahi ayam.,bakal jadi musang berbulu ayam.

Bila ada peluang..mereka kembali ke tempat asal.,

Kita dah banyak belajar dari sejarah nya.

Apa pun itu pandangan peribadi...dan kata kata di atas hanya sya ambil dari peribahasa standard..bukan ciptaan sya.terutama perkataan" Anjing" tidak di tujukan kpda sesiapa.maaf.