MELAKA : MUDA VS TUA : PR VS BN

Umno/BN di Melaka jelas tidak menghargai sumbangan generasi muda di Melaka apabila, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno tidak dipilih menjadi calon pada PRU 12, tahun 2008 dahulu. Malah calon-calon Umno/BN pada PRU 13 hampir semuanya orang tua.

Umno/BN Melaka hampir pasti akan menurunkan calon-calon tua sekali lagi pada PRU 13 nanti. Belum tentu Ketua Pemuda dan Puteri akan bertanding sebagai calon Umno/BN pada kali ini.

Tetapi PAS hampir pasti akan memilih Ketua Pemuda dan pemimpin-pemimpin muda menjadi calon PAS. Begitu juga dengan PKR dan DAP yang rata-rata pemimpin mereka semuanya muda. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berumur 40 tahun; Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar belum pun 40 tahun manakala Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San berumur 44 tahun. Ini semua pemimpin utama PR Melaka berumur di bawah 45 tahun.

Manakala pemimpin-pemimpin PR lain juga semuanya 45 tahun ke bawah. Walaupun mereka berumur 45 tahun ke bawah tetapi semuanya mempunyai pengalaman bekerja dan mentadbir. Berbanding dengan pemimpin  Umno/BN yang rata-rata berumur 50 tahun ke atas malah ada yang lebih dari 60 tahun umurnya.

Golongan muda Melaka mesti menilai dan melihat perkembangan ini. Jelas PR menghargai sumbangan pemuda dan pemudi, pada masa yang sama sumbangan golongan yang berumur tidak dikesampingkan serta sumbangan mereka tetap diperlukan.

Comments