PAS MAKIN MENCENGKAM DI MELAKA

PAS berjaya menubuhkan sebuah cawangan baru di Padanag Jambu dalam DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Beberapa orang bekas ahli Umno telah keluar parti dan menubuhkan cawangan tersebut.

Malam tadi Mesyuarat Agung pertama PAS Cawangan tersebut telah diadakan di mana perlantikan AJK telah dibuat dengan jayanya. Serentak dengan itu Unit Peti Undi (UPU) Padang Jambu juga ditubuhkan bagi menggiatkan lagi kerja-kerja pilihanraya yang sebelum ini dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif dalam ucapan perasmiannya malam tadi melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut yang telah sekian lama diidamkan.

"Padang Jambu bukanlah kubu kuat BN kerana PAS mendapat undi yang banyak pada setiap Pilihanraya, kita hanya kalah sekitar 100-200 undi sahaja".

"Insya Allah dengan penubuhan cawangan ini PAS akan membuat kejutan pada PRU 13 di Peti Undi Padang Jambu ini" ujar Mohd Ali.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata satu lagi cawangan PAS akan ditubuhkan dalam Dun Bukit Baru iaitu cawangan Bukit Baru Dalam. Beberapa penyokong PAS dan bekas-bekas ahli Umno sudah bersedia untuk menubuhkan cawangan tersebut.

"Kita sudahpun mengenalpasti penyokong PAS dan Umno yang bersedia memikul amanah menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi Bukit Baru Dalam'.

"Majlis penubuhannya akan diadakan dalam masa terdekat" kata Ramli.

Dengan penubuhan 2 cawangan baru ini, kekuatan PAS dilihat semakin terserlah di dalam Dun Bukit Baru dan ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN khususnya Ketua Menteri Melaka yang menjadi Adun kawasan Bukit Baru.

"Nampak gayanya Ali Rustam kena pindah Dun lain kalau mahu selamat dan tidak dimalukan oleh pengundi Bukit Baru" ujar Azmi Aziz Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Padang Jambu yang baru dilantik.

Comments