DEBAT : PJ MELAKA AKAN TUNGGU ALI RUSTAM DI MITC

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata beliau akan menungguh Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.
"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.

"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan Pilihanraya DAP Dun Klebang di sini  malam tadi.

Beliau berkata Ketua Menteri Melaka itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.

"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".

"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.

Sementara program perasmian Bilik Gerakan DAP ini dicemari dengan tindakan sekumpulan penyokong Umno  yang memasang bendera Umno dan BN berlapis-lapis dengan bendera PAS, DAP dan PKR. Malah pemuda-pemuda tersebut bertindak samseng dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pimpinan dan petugas DAP. 


Comments