PRK MANEK URAI : PAS UMUM FAUZI SEBAGAI CALON?

PAS akan mengumumkan calon yang akan menjadi taruhannya bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai malam ini. Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri akan mengumumkan nama calon tersebut.
Ramai pemerhati menjangkakan Haji Mohd Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai yang juga peniaga ikan terkenal di jajahan ini akan dipilih berdasarkan populariti dan sifat mesra rakyat yang ada pada beliau.
Desas-desus yang menyatakan sukar bagi PAS untuk menentukan calon hanyalah perang saraf media dan musuh-musuh politik PAS sedangkan semua pihak sepakat dan bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan.

PAS Kawasan Kuala Kerai sendiri sudah sedia memperhebatkan kempen walaupun sesiapa sahaja dipilih sebagai calon.
Sebenarnya senario konflik pemilihan calon bukannya melanda PAS tetapi Umno/BN sendiri yang terkial-kial mencari calon sesuai ekoran dari perebutan antara sesama pimpinan Umno Bahagian Kuala Kerai.
Tuan Guru Nik Aziz akan mengumumkan nama calon PAS pada majlis ceramah pengumuman calon di Manek Urai Lama malam ini.

Comments