Perdana Menteri dengan nada lunak dan mesra menyatakan bahawa kerajaan berusaha untuk menyatukan rakyat pelbagai latarbelakang dengan cara berhikmah dan professional.
Namun tindak tanduk kerajaan sejak akhir-akhir ini tidak menggambarkan keikhlasan kerajaan sebaliknya terus mempamerkan kerakusan kebiadapan dan sikap tamakkan kuasa.
Terbaru Polis semalam campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.
Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.
Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.
Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.
Persoalannya apakah tindakan ini merupakan tindakan profesional dan menggambarkan ketelusan kerajaan mengujudkan masyarakat yang harmoni jika program makan malam yang pasti tidak mencetuskan huru hara pun di halang oleh kerajaan.
Di mana bukti roh OneMalaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri????
Comments