HUSAM DAN ABANG MAT TERIMA PERLANTIKAN AJK PUSAT

Seperti yang saya laporkan sebelum ini bahawa kedua-dua bekas Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa dan Mohamad Sabu menerima perlantikan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Kedua-dua mereka disahkan hadir pada mesyuarat AJK PAS Pusat petang tadi.
Kesanggupan kedua-duanya untuk menerima perlantikan mereka merupakan suatu yang dinanti-nantikan oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana kedua-duanya mendapat sokongan yang baik pada pemilihan Timbalan Presiden PAS pada muktamar PAS awal bulan ini.
Husam memperolehi 281 undi manakala Mohamad mendapat 261 undi. Jumlah undi kedua-dua mereka mengatasi undi yang diperolehi oleh penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa.

Comments

serupasekala said…
ALHAMDULILLEH.

TG NIK AZIZ PUN BOLEH TARIK GESAAN BELAIU TERHADAP TM PRESIDEN.

SAYA HARAP ABANG MAT DAN HUSAM BEGITU JUGA.

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.

PULIHKAN PAS.PULIHKAN AHLI.

INSSA ALLAH PAS MENANG DIMANIK URAI.