PRK MANEK URAI : KEMPEN UMNO/BN TAK LAKU

Ternyata kempen BN tidak laku dan tidak dilayan oleh rakyat Manek Urai. Timbalan Perdana Menteri (TPM) Muhyiddin Mohd Yassin sendiri yang turun berkempen di Manek Urai dengan menggunakan kemudahan kerajaan seperti sekolah dan helikopter.
Namun ianya jelas tidak mendapat sambutan rakyat di mana BN terpaksa mewajibkan guru-guru hadir malah turut sama melibatkan ibubapa murid untuk turut sama pada program bersama TPM tersebut.
Terbukti bahawa BN sudah ketandusan idea dan cara untuk berkempen. Saya yakin selepas ini lebih banyak projek 'mee segera' seperti ini akan diumumkan oleh 'Santa Klaus' yang sudah pasti akan berkeliaran di Manek Urai sehingga ke hari pengundian.
Antara projek 'mee segera' yang sudah dijalankan di Manek Urai ialah :
  • Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri
  • Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh
  • Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B
  • Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan
  • Dan banyak lagi projek-projek lain

Ternyata janji BN untuk mengubah stail kempen dengan tidak merasuah pengundi dengan projek mee segera seperti yang dijanjikan oleh Presiden Umno tidak lama dahulu hanyalah janji-janji kosong bagai menanam tebu di bibir mulut.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Kemas, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, JKR, Kesedar dan lain-lain terus digunakan oleh BN untuk berkempen secara terang-terangan tanpa segan silu.

Tidak syak lagi semua ini akan menyebabkan rakyat semakin meluat kepada BN dan Insya Allah BN akan tersungkur dan tersembam buat kali keenam di Semenanjung Malaysia.

Comments

Anonymous said…
Begitulah kehendakNYA, apabila pembangunan Kelantan dianaktirikan oleh pusat, Tuhan MahaKaya pembangunan datang mencurah-curah dibawa oleh UBN sendiri tanpa dipohon dan dipinta ke tanah tandus Manik Urai yang ketinggalan serba serbi secara segera. Besyukur kepada ALLAH bukan kepada UBN. Kerajaan ALLAH lebih berkuasa menentukannya.