KERAJAAN PERPADUAN SEMUANYA TELAH SELESAI, PALING MALANG IALAH UMNO/BN

Isu kerajaan perpaduan yang mahu dijadikan talian hayat Umno bagi meneruskan sisa-sisa hidupnya di mukabumi ini akhirnya menjadi mimpi ngeri kepada Umno/BN apabila pemimpin PAS sepakat bahawa isu ini sudah berakhir dan tidak akan ada usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN.
Pemimpin PR juga sependapat bahawa kerajaan perpaduan ini akan diujudkan dengan BN. Tetapi perbincangan atas dasar kepentingan negara boleh diadakan bila-bila masa.
Petang tadi 2 peristiwa penting berlaku di mana Majlis Presiden PR yang dianggotai oleh Presiden PAS, Pengerusi DAP dan Ketua Pembangkang sebulat suara menandatangani kenyataan menolak kerajaan perpaduan dengan BN.
sementara petang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan berikut :-
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi." kata Tuan Guru dalam kenyataan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut jam 5 petang tadi.
Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
Akhirnya kesabaran dan wala' yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS terbukti menjadikan PAS mantap dan tidak mudah goyah walaupun pelbagai cubaan dibuat oleh musuh untuk meranapkan PAS dan PR.

Syabas!!!!!!!!!

Comments