PRK MANEK URAI : UMNO KETANDUSAN ISU

Kaedah politik lama masih terus diamalkan oleh Umno/BN di Manek Urai. Antaranya merasuah pengundi dengan projek-projek 'mee segera', memberi duit, habuan berupa barangan, mengugut, menyalahgunakan kemudahan kerajaan dan sebagainya.
Kaedah lama ini terpaksa dilakukan kerana Umno/BN ketandusan isu dan strategi untuk menawan hati pengundi Manek Urai. Kalau sebelum ini Imam OneMalaysia mengumumkan tidak akan menggunakan taktik projek 'mee segera' kini ianya terpaksa dilakukan kerana itu sahajalah modal politik Umno/BN untuk berhadapan dengan PAS.
Apa lagi yang Umno/BN boleh gunakan kerana tiada isu besar yang melibatkan Manek Urai. Jika pembangunan di jadikan modal, BN akan tertikam diri sendiri kerana selama 4 tahun ADUN mereka Zulkifli Omar menjadi Wakil Rakyat iaitu dari 2004-2008, apa yang beliau buat untuk memajukan kawasan itu. Rakyat melihat bagaimana kegagalan YB Umno/BN itu membangunkan kawasan itu sedangkan semasa kempen pilihanraya beliau menjanjikan bermacam-macam seolah-olah hanya bulan dan bintang sahaja yang beliau tidak boleh berikan.
Kini Umno/BN terjerat untuk menggunakan pembangunan sebagai modal kempen mereka. Rakyat Manek Urai bukannya bodoh untuk ditipu dan diperdayakan buat kesekian kalinya.
Sebaliknya PAS membuktikan program negeri kebajikan terus mampu meringankan beban rakyat antaranya dengan projek Takaful Kifaalah, Armalah, Rumah Rakyat, Ladang Rakyat dan lain-lain. Ianya jelas menerima sambutan yang amat baik dari rakyat. PAS tidak menjanjikan langit dan bumi cukup sekadar menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan pembangunan asas dan mengajak rakyat memandang kehadapan sehingga ke hari Akhirat bukan setakat 2020.

Saya yakin dengan keikhlasan Tuan Guru mendidik rakyat dan menjaga kebajikan rakyat PAS akan tetap disokong oleh pengundi Manek Urai yang celik politik.

Comments