PRK MANEK URAI : PAS AKAN KALAH?

Saya mendapat 'feedback' dari pelbagai pihak yang mendakwa PAS akan kalah disebabkan beberapa faktor antaranya :-

  • Calon PAS tidak diterima oleh majoriti rakyat tidak sebagaimana Allahyarham Pak Su Wei yang disegani kawan dan lawan.
  • Pengundi Manek Urai termakan dengan pujukan, janji, ugutan dan rasuah politik Umno/BN yang menabur jutaan ringgit untuk memancing undi
  • Umno/BN menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan seperti Kesedar, Kemas, JKR, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan lain-lain sehingga semua permintaan pengundi dipenuhi oleh Umno/BN
  • Jentera PAS tidak bekerja kuat disebabkan 'over confident'
  • Ramai pengundi PAS yang tinggal di luar Kelantan tidak akan balik kerana menyangka PAS akan menang mudah
  • Kempen PAS dilihat lebih bersifat menyerang bukan menerang (sehingga ke setakat ini.
  • Umno/BN dilihat lebih mesra rakyat sehingga rakyat melihat seolah-olah pemimpin Umno/BN ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin membantu mereka
  • Kempen Umno/BN yang menyatakan kerajaan PAS tidak akan tumbang jika PAS kalah di Manek Urai jadi BN mendakwa rakyat perlu mengundi calon BN untuk membawa lebih banyak projek pembangunan di kawasan itu.

Pandangan dan analisis pihak-pihak terbabit walaupun tidak boleh dipercayai 100 % namun wajar di beri perhatian dan seterusnya kelemahan tersebut mesti diatasi segera agar PAS dapat mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

Comments

serupasekala said…
"PRK MANEK URAI : PAS AKAN KALAH?"

KAWE KATA PAS TAK AKAN KALAH.
SEBAB :

ORANG UMNO BUAT LAPURAN POLIS TERHADAP NIK AZIZ BOLEH MENJATUHKAN IMEJ UMNO.TERUTAMA NIK AZIZ MERUPAKAN IKON BAGI SEMUA. KALAU NIK AZIZ BERCAKAP 1 MALAYSIA BISING BERMAKNA NIK AZIZ ADA AURA NYA SENDIRI.

KALU TAK CAYA NANTI TENGOK.
BOLEH KERAT KUKU HITAM.
Anonymous said…
tak baik simpan kuku panjang2, huhu
jumrah hasanah said…
Nik ajis tak de pengaruh. dia tua ganyut pencacai angkat najis. hahaha