PAS PULAU PINANG : TERINGAT KISAH SILAM 15 TAHUN DAHULU

Pengumuman Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tentang kabinet Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mengingatkan sejarah silam saya berjuang bersama-sama sahabat di Pulau Pinang.
Markaz Tarbiah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Markaz PAS Kawasan Jelutong dan rumah Pak Leh menjadi tempat tumpuanku sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bermesyuarat dan menimba ilmu.

Saya sempat bersama tiga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang iaitu YB Dato' Mahfuz Omar, Dr Haji Mazlan Ismail dan Ishak Ismail. Dibawah ketiga-tiga mereka saya diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
Sahabat-sahabat lain antaranya Juhari Ismail, Khairuddin Ahmad Khalil, Kamal Ahmad, Shamsul Kamal Shafie, AH Othman, Anwar Abd Rahim, Anuar Hamid, Nurhalim Md Zain, Anuar Rejab dan lain-lain.
Ketika Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang ialah YB Mohd Hamdan Abdul Rahman. Antara pemimpin lain yang pernah memberikan tarbiah di dalam Tamrin kami ialah Ustaz Salleh Man, PJ Pulau Pinang sekarang; Ustaz Khalid Man; Ustaz Mazani Ahmad dan lain-lain.
Sahabat-sahabat akrab saya yang akan sentiasa turun semasa kempen Pilihanraya Kecil di mana sahaja yang masih saya ingat ialah Pak Mid, Abang Jamil Abdul Rahman, Abang Samad, Anuar Rejab, Rashidi Salim (To), Abang Jamil Hassan, Abang Jalil dan lain-lain yang iras muka mereka saya ingat tetapi namanya saya sudah lama.
Sebut sahaja di mana Pilihanraya Kecil berlaku antaranya PRK DUN Pantai Merdeka, Bayu, Parlimen Jerai, Bukit Payong, Batu Talam dan lain-lain semuanya kami akan turun bersama-sama.
Kini antara sahabat-sahabat saya yang dinamakan dalam Badan Perhubungan PAS Negeri ialah Jamaludin Said (Balik Pulau).
Saya sempat bersama-sama sahabat PAS Kawasan Jelutong, PAS Kawasan Bayan Baru dan Balik Pulau. Antara program tetap saya ialah menghadiri kuliah Arwah Ustaz Ghazali Din di rumah Pak Leh di Sungai Nibong. Sempat juga membantu kerja-kerja pilihanraya pada PRU 1990 dan 1995.
Selain dari diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang saya juga pernah diberikan amanah sebagai AJK PAS Kawasan Jelutong, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong dan Timbalan Pengarah MTD Sungai Pinang pada PRU 1995.
Semua kenangan di Pulau Pinang masih segar dalam ingatan saya. Banyak ilmu perjuangan dan haraki saya pelajari di Pulau Pinang sebagai tambahan kepada sedikit ilmu perjuangan yang saya timba sejak menyertai program tarbiah PAS bermula ketika saya di Tingkatan Dua di kampung saya.
Doakan saya terus istiqamah dalam perjuangan ini hingga akhir hayat.

Comments

Anonymous said…
Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu
serupasekala said…
Saya doakan tuan berada dalam istiqamah memperjuangkan PAS hingga akhir hayat.

semuga TUHAN memberkati usaha dan keiklasan tuan demi menjunjung perintahNYA.
Anonymous said…
tak perlu dato, atok boleh la,, hu
Didoakan juga agar semua nama-nama sahabat-sahabat yang disebut , masih lagi meneruskan perjuangan ini sehingga keakhir hayat ..InsyaALLAH
MaMa MoDeN said…
salam saudara,
patutlah pertama kali lihat blog ni macam prnah jumpa saudara, rupa2nya pernah bgiat mcurah bakti di penang.

masa tu saya & suami baru nak mula2 aktif di penang ni. prnah mlihat saudara.

smoga saudara terus diberi kkuatan utk bjuang.

manta ketua nisa penang