'SHUT UP' IBRAHIM ALI

Ibrahim 'lompat' Ali semakin berani mengkritik dan menghentam PAS. Ternyata Ibrahim memang seorang yang tidak tetap pendirian dan hanya mencari peluang untuk meneruskan karier politiknya.
Pelbagai NGO ditubuhkan beliau bagi memastikan dirinya dapat ditonjolkan oleh media. Tidak cukup dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MRTK) beliau menubuhkan pula Perstuan Pribumi Perkasa (PERKASA).
Dengan flatfrom ini beliau terus mendapat tempat di media bagi meningkatkan popularitinya yang kian hilang dek kerana perangai beliau yang suka melompat.
Semalam beliau sekali lagi tanpa segan silu menghentam PAS. Katanya beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan nasib ummah itu juga sebenarnya cuba mengelak daripada bertemu dengan UMNO kerana bimbang berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, usaha ke arah kebaikan itu bukan sekadar membincangkan soal cadangan kerajaan perpaduan kerana banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan seperti agama Islam, kedudukan raja dan hak istimewa kaum bumiputera.
Oleh itu saya mencadangkan supaya Ibrahim Ali ini dipulaukan oleh PAS dan semua program beliau di Pasir Mas mesti dipulaukan bagi memberikan pengajaran kepada beliau bahawa jawatan Ahli Parlimen yang beliau pegang sekarang adalah atas ihsan PAS. Jika tidak jangan harap beliau boleh masuk kembali ke Parlimen.
Satu lagi saya menggesa Ibrahim supaya cepat-cepat masuk BN kerana orang sepertinya memang tidak ada tempat dalam PR.

Comments

Power Renjis said…
aye jugok nih..isi bore umno la abe him
tok ggawo said…
toksoh wak kigho lah deng dio tuuh, koho kosek ko kuat, bia dio mlaung ssoghe joh la, lamo lamo nyo mapuh la tu, jadi cicok kepik ppitu.
pakcik said…
soalan saya,

" betul ke pemimpin-pemimpin PAS takut kepada pemimpin lain dalam Pakatan rakyat?"
Anonymous said…
Gua rasa IBA dari dulu sampai lah ni kalau bercakap mesti pelat, kalau bagi pandangan sampai kiamat pun cacat takda yang elok, tak payah pandang jauh ataupun bercakap tentang UG. pandang IBA ni pun dah cukup, siapa sebenarnya dia ni? dari kelompok mana asalnya dia ni? yang mana akhirnya melutut memohon belas ehsan dan simpati dari parti Pas. sepatut bagi jawatan Adun tapi Parti PAS bagi dia Tempat di Parlimen itu kesilapan Pas pada IBA, IBA ni adalah "Contoh Yang Terbaik" untuk PAS bercakap tentang UG. kalau masih berfikir dan masih ingin terus tentang UG juga pandang-pandang dan toleh-toleh dengan manusia yang bernama "IBRAHIM ALI" ni. Bagi tiket bertanding bila menang kata dia parti bebas yang mana masih menyokong Ala UBN. Pakai Baju PAS,pakai seluar dalam PAS tapi hati tetap UMNO. ini sikap bekas seorang pemimpin umno yang TAMAK bagaimana kita ingin berbicara tentang "UG" kalau yang satu ini berperangai macam LANUN atau PEROmPAK yang masih tak tau apa itu erti taubat. Berapa Ramai tokoh2 yang sama perangai macam IBA ni didalam UMNO? mari kita bersama renungkan sebelum kita bergaduh sesama sendiri dikemudian hari.
serupasekala said…
SENANG JE IBRAHIM ALI NIH. BIAR DIO SORE BERCAKAP ORE LAIN BUAT TAK DENGAR SUDAH . JANGAN ULAS APA YANG CAKAP.JANGAN KOMEN APA DIA CAKAP.

BIAR DIA CAKAP SORE JANGAN BAGI RIAKSI .

DULU DSAI TELAH BERKATA BIAR EZAM SAJA BERCAKAP DIA TAK MAHU ULAS . SEKARANG SI EZAM PUN MATI AKAL . APA YANG DIA CAKAP ORE TTAK PEDULI DAN TAK AMBIL HAL LANSUNG.

AKHIR DIA SENDIRI YANG PENING DAN SEKARANG SUDAH JADI ULAR AIR ( ULAR YG TAK BERBISA ).
Politik Melayu said…
"Satu lagi saya menggesa Ibrahim supaya cepat-cepat masuk BN kerana orang sepertinya memang tidak ada tempat dalam PR."

Komen saya sebagai orang yang tak berpihak - in the first place, Ibrahim Ali ni calon bebas bukannya mewakili PR pun.

Keduanya, ini juga mesej jelas untuk PAS supaya tak sesuka hati mengambil sesiapa saja untuk jadi calon pilihanraya mereka di masa hadapan. he he.
wan simunjan said…
PAS tak berani burunding dengan umNO kerana takut rakan-rakan Pakatan Rakyat. Lagi boleh terima kerana DAP dan PKR takut berunding dengan MCA, Gerakan dan mana-mana parti komponen BN kerana mereka juga takut PAS. Takut-sama takut demi menjaga dan memelihara persahabatan. Itukan baik namanya.

Bah, kalau si Raja SPESIS Lidah Bercabang, IB ALI ni takut letak jawatan dan masuk umNO. Apasal ?

Buktikan kejaguhan dan keberanian tu dengan letak jawatan la ? Ingat tiket menang tempohari guna lambang PAS. Inilah orang yang benar-benar memalukan orang melayu dan PAS Ktan.

Bila suruh letak jawatan....macam-macam alasan. TU namanye Si IB ALI ni RAJA PENAKUT. Sah musuh dalam selimut. Musang berbulu babi!
Anonymous said…
Ibrahim Ali sebenarnya dah secara tak sedar telah menamatkan karier poltik beliau..selepas kalu bertanding pun mesti diatas tiket umno dan di luar kelantan..apabila di luar kelantan alamatnya katak ini akan ditanam hidup2!!
Anonymous said…
Brahim Ali dah confirm macam tu! Apa kata Shut Up Mustapha Ali atau Hasan Ali? Buat semua orang konfius saja!!!
Anonymous said…
kukuk mu berderai-derai buntut mu penuh najis.....sembelih buat tomyam lagi baguih.!!!
Budak Syburi said…
brahim rasa, orang dok dengar cakap dia kot, sapa nak percaya dia.

kira lompat saja tau.