PPSMI : HUKUM BN DI MANEK URAI KERANA MASIH BERDEGIL

Rakyat di Manek Urai mesti menghukum BN pada PRK Manek Urai 14 Julai ini kerana BN masih berdegil dan berdolak dalik dalam isu pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). sehingga kini BN masih tidak memberikan kata putus hala tuju PPSMI samada akan dimansuh atau diteruskan.
Susah betul BN pimpinan Imam OneMalaysia untuk membuat keputusan sedangkan semasa ianya diputuskan untuk diterimapakai dahulu mereka seolah-olah tidak ada masa terus sahaja dilaksanakan.
Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin semasa menjawab soalan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam sidang parlimen, berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan dasar PPSMI pawa awal Julai ini.
Pemimpin BN seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata walaupun pelbagai bantahan dan tekanan dibuat oleh pelbagai pihak supaya dasar PPSMI ini dimansuhkan segera.
Antara bantahan rakyat ialah perarakan besar-besaran yang diketuai Sasterawan Negara, A Samad Said ke Istana Negara bagi penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong pada 7 Mac lalu.

Selain itu banyak bukti-bukti yang dikemukakan dan kajian yang dilakukan pejuang bahasa yang mendapati dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman.

Jadi saya mengharapkan pengundi Manek Urai menghukum BN dengan kekalahan teruk(hilang deposit) supaya pemimpin BN sedar kesalahan mereka sebagaimana mereka dihukum di 5 pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini,
Saya menggesa kerajaan menghapus segera tanpa perlu membuat kajian dan penyelidikan lanjut kerana terbukti dasar ini merosak dan merugikan pelajar. Bahasa Inggeris tak pandai, Sains dan Matematik pula tercicir kerana tidak faham Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut.

Comments

wan simunjan said…
Inilah peluang untuk MELAYU membuktikan hak dan kuasa mereka. Pertahankan hak dan kedaulatan BAHASA kita dengan membuang golongan yang bersekongkol dengan dasar PPSMI ini. Inilah jihad perjuanagan kita dalam memartabatkan bangsa MELAYU di mata masyarakat lain.

PPSMI= Pelan Pendidikan Sengsarakan Melayu Islam.

PPSMI= Pelajar Pedalaman Susah Menguasai Imu

PPSMI= Proses Penghapusan Supaya Melayu Ilang
songkok hitam said…
PPSMI satu medan uji kaji kerajaan terhadap kesetiaan dan keretibahasaan rakyat kepada bahasa kebangsaannya sendiri.

Nampaknya prestasi kecintaan rakyat terhadap bahasa kebangsaan agak lembam dan boleh dipersoalkan sehingga kini.

Pemimpin yang berjiwa besar tentunya maklum akan hal ini, kecualilah yang masih megah dengan bahasa Inggerisnya dan agak perasan sedikit.

Tidak dapat tidak bahasa kebangsaan perlu diberi penghormatan yang selayaknya kerana ia bahasa dunia yang diiktifaf kewujudannya sebagai bahasa sebuah negara.