KERAJAAN PERPADUAN : UMNO/BN MENANGIS LAGI

Hasrat Umno/BN untuk menggunakan talian kerajaan perpaduan bagi memanjang umurnya sudah pasti tidak akan kesampaian kerana pimpinan PAS dengan tegas menolak sebarang kerjasama ke arah pembentukan kerajaan perpaduan yang diimpikan Umno.
Sebulan dua ini Umno/BN memainkan isu ini seolah-olah PAS tergila-gila dan gila talak untuk 'berkahwin' semula dengan Umno dan menubuhkan 'keluarga' baru iaitu kerajaan perpaduan.

Canang dipukul ke serata dunia dengan memaparkan berita seolah-olah PAS beriya-iya benar mahu kepada kerajaan perpaduan. Media cetak dan elektronik kepunyaan mereka siang malam memainkan isu ini menenggelamkan isu lain sehingga ia menimbulkan keresahan dan kegelabahan di kalangan penyokong PR.

Namun yang pasti talia hayat ini tidak akan menjadi nyata kerana pimpinan sudah matang dan masak dengan sepak terajang strategi politik BN yang bila tersepit mereka akan mencari dahan untuk berpaut biarkan dahan itu mungkin musuh ketat mereka.

Inilah sikap Umno yang sudah diketahui oleh semua orang, bila mereka nazak mereka cari PAS bila mereka kuat PAS dilihat bagaikan kucing kurap yang jijik dan kotor.

Malam ini Umno akan lebih menangis kerana pimpinan tertinggi PAS terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Mursyidul Am dan lain-lain yang bermesyuarat untuk membuat kenyataan rasmi yang ditunggu-tunggu rakyat. Apa pasti Umno tidak akan mendapat berita gembira malam ini silap-silap haribulan akan ada pimpin Umno yang lemah jantung akan masuk hospital kerana tersentak dengan kenyataan pimpinan tertinggi PAS nanti.

Comments

Anonymous said…
kesian, nampaknya gigit jali la ustaz kita, huhu