PRK MANEK URAI : RAKYAT AKAN HUKUM KEDURJANAAN BN

BN tidak serik-serik menggunakan harta kerajaan bagaikan harta pusaka mereka. Tidak cukup dengan segala agensi kerajaan digunakan kebelakangan ini mereka menggunakan Polis dan Tentera untuk memberikan kelebihan kepada mereka.
Trend di beberapa pilihanraya kecil menunjukkan ribuan Polis dengan belanja puluhan juta wang rakyat digunakan untuk memudahkan BN berkempen dan memancing undi. Polis digunakan bukan sahaja untuk 'escort' pemimpin BN berkempen malah anggota cawangan Khas (SB) pula tanpa segan silu bekerja untuk BN dalam apa juga kaedah dan cara.
Terakhir satu lagi pendedahan menjijikkan apabila pasukan tentera pula digunakan untuk berkempen untuk BN samada secara langsung atau tidak langsung.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan beberapa surat yang beliau perolehi di mana kandungannya antara berupa arahan kepada tentera untuk menjalankan 'projek' di beberapa kawasan yang disifatkan kelabu dan hitam buat BN.
Antara kawasan tersebut ialah Kampung Manek Urai Baru, Kampung Manek Urai Lama, Kampung Budi, Kampung Machang Manjur, Kampung Sungai Peria, Kampung Kongsi Baru, Kampung Temiang, Kampung Bumut Saih, Kampung Gajah dan Kampung Manek Urai.
Saya sekali saya tegaskan di sini saya tidak akan mengHALALkan walau satu sen duit rakyat digunakan untuk tujuan kempen BN.
Untuk itu saya merayu kepada pengundi Manek Urai supaya menghukum kedurjanaan BN ini dengan memberikan pukulan 'knockout' kepada BN.

Comments

org memali said…
tak pa la , lepas ni hangpa pula . Tak kan la itu pun nak ambil hati .tak tenguk di Selangor tu sentiasa ada perhimpunan , distadium pulak tu , ada bayar ke ? Bayar utk tutup mata saja la . Jd , Tak payah nak bising2 . Sama saja . Ni apa ni surat2 ni , sdr A kita ada berpeti2 tak bising pun , ni dua tiga pucuk yg taip sendiri nak bising2 . Cerita mcm ni dah muak dah -cari la taktik baru .tup2 tentera pulak terlibat. tersedak tentera2 kita . Ni pasai pa sensitif sgt ,halal ka apa ka apa hang peduli . bukan duit hang . Hang ada bagi derma ka . Income tax pun bersilat kelam kabut nak kelepet . Tapi ok lg la kalau macam tu , kot2 nama pun tak daftar dgn jabatan hasil .