PRK MANEK URAI : PAS JANGAN AMBIL MUDAH, BUKAN SENANG UNTUK MENANG

Di sebalik keyakinan sesetengah pihak akan kemampuan PAS untuk mempertahankan kerusi Manek Urai, terdapat bukti kukuh bahawa ianya tidak semudah yang disangka.
Laman web malaysiabaru.net melaporkan bahawa sebuah badan bebas yang menjalankan kajiselidik di Manek Urai pada 19 dan 20 Jun lalu mendapati hanya 43 % dari 716 responden percaya PAS akan menang manakala yang 40.1 atau 287 menyatakan tidak pasti apa keputusannya.
Sementara 19.1 % atau 121 responden meramalkan BN akan menang.
Keputusan kajiselidik ini memberikan tamparan hebat kepada jentera PAS supaya bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan pengundi tetap memihak kepada PAS sebagaimana yang diperolehi oleh bekas Wakil Rakyat PAS sebelum ini Allahyarham Pak Su Wei (Hj Ismail Yaakub).
BN yang siang malam menabur rasuah politik berupa janji manis, projek pembangunan 'mee segera', bantuan kebendaan dan sebagai sudah tentu akan melipatgandakan lagi usaha mereka untuk memancing pengundi terutama pengundi atas pagar dan pengundi yang miskin dan dhaif.
Tidak dapat dinafikan memang terdapat sebilangan pengundi yang susah dan miskin. Saya pasti mereka inilah yang menjadi 'target' BN untuk mengaut undi dengan menggunakan apa cara sekalipun.
Sesungguhnya keputusan kajiselidik Badan Bebas ini tidak boleh dipandang ringan kerana setiap pilihanraya kecil berlaku biasanya keputusan kajiselidik ini tidak jauh berbeza dengan keputusan pilihanraya.

Comments