1MDB : DULU DERMA KINI HADIAH PULA ..........

Dulu timbul istilah derma. Kini timbul pula istilah hadiah. Selepas ini infaq mungkin lepas itu zakat pula.
Media hari ini melaporkan bahawa anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Comments

Malaysiabaru said…
Nik Aziz kata

Kalau awak bukan anak pee emm adakah bahlol nak derma kpd awak?

Jawab.. Kalau tidak makna bukan hadiah ... Rasuah atau songlap atau rembat atau rompak..

Anonymous said…
kalu nik aziz ada lagi dia juga akan kata...aku dok ngajar lamo doh tak dok sapo pon nak bagi 4 x 4 kat aku...kalu nak bagi pon hambo tak seyyyy...ada makno tu ..malu kat anak murid