MERLIMAU : SKUAD KAMERA SUDAH KUMPUL BANYAK GAMBAR SENSASI

Skuad Kamera PAS berjaya mengumpulkan banyak gambar dan maklumat yang sudah tentu akan menggoncangkan BN. Banyak bukti diperolehi tentang rasuah, penyelewengan dan salah laku pemimpin dan penyokong BN yang berjaya diambil gambarnya oleh skuad kamera.
Skuad kamera ini tidak teragak-agak untuk mendedahkan semuanya kepada pihak berwajib. Ketika ditemui petang tadi Ketua Skuad Kamera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka hanya menunggu masa sahaja untuk mendedahkan semuanya. Bila tiba masanya kami akan dedahkan semuanya.
"Banyak gambar yang kami ada jerung, ikan bilis, ikan kembung semua ada, memang perangai mereka ini teruk tanpa menghiraukan dosa dan pahala" ujar Ketua Skuad Kamera tersebut.
"Sesetengah gambarnya kami dapat dari kawan-kawan kami dari kem sebelah sana yang sudah meluat dengan pimpinan dan calon BN sendiri" ujar Ketua Skuad Kamera dengan serius.

Comments

A-I-B said…
Mampuih la UMNO nak menjawap
Putra IJ80 said…
Quote"Skuad Kamera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka hanya menunggu masa sahaja untuk mendedahkan semuanya. Bila tiba masanya kami akan dedahkan semuanya"unquote

Klu bukan sekarang untuk Dedah,

Elok dedah selepas PRU13,